Tuesday, August 15, 2006

Kenapa

Kenapa? Why? ya itu merupakan satu pertanyaan. Kadang-kala kita tertanya-tanya kenapa ada senior tidak menghormati junior dan sebaliknya. Dari pengalaman saya sendiri dan semestinya kita suda ketahui, untuk membuatkan orang lain hormat pada kita, kita sendiri kena menghormati orang lain.
Dalam kes antara senior dan junior, dari segi senior yang tidak dihormati oleh junior, kita tidak boleh menyalahkan terus sikap para junior tersebut. Faktor penyebab mereka tidak menghormati senior mungkin ada berkaitan dengan sikap senior itu sendiri iaitu mempunyai satu sikap yang beranggapan mereka MESTI dihormati disebabkan mereka orang lama dan mereka SELALU BETUL dalam semua perkara. Pada masa kini, sikap begitu tidak harus dikekalkan kerana selagi kita bergelar manusia, mesti ada kekurangan pada diri sendiri yang tidak kita ketahui.
Dari pihak junior yang tidak menghormati atau dihormati para senior pula, sikap mereka yang terlalu berlagak pandai dan mengada-ada mendorong mereka kearah sikap memandang rendah para senior. Sebagai contoh jika berada di suatu tempat baru, kadang kala para junior terlalu tunjuk pandai dan tanpa menghiraukan arahan serta nasihat para senior. Sehingga pada satu tahap di mana mereka telah melanggar peraturan yang ditetapkan dan dimarahi atau ditegur oleh senior. Mereka menyimpan perasaan marah terhadap para senior yang menegur kesilapan mereka dan beranggapan bahawa para senior hendak naik kepala dan merendahkan kupayaan dan maruah mereka. Maka timbul perasaan benci tertahap individu tersebut dan mula tidak menghormati senior. Padahal mereka tidak perasan yang sikap mereka sendiri yang menyebabkan diri ditegur atas sesuatu kesalahan. Apabila mereka tidak menghormati senior, dapat dilihat kenapa senior tidak akan menghormati mereka dan kadang-kala timbul perasaan meluat dikalangan senior.
Ada juga jenis sikap seseorang yang mahu dihormati disebabkan dia orang lama padahal mereka tidak tahu orang yang mereka mahu untuk menghormatinya lebih Senior atau lebih berpengalaman dan biasa dengan tempat atau bidang tersebut cuma mungkin ada alasan tertentu yang menyebabkan mereka seperti orang baru atau junior.
Jika cerita mengenai senior dan junior, kenangan yang tidak saya lupakan ketika hari pertama berada dikolej, Para senior begitu mesra dan menghormati para junior dan sebaliknya. Kami boleh berbual-bual serta bertukar-tukar pandangan dan tunjuk ajar diantara mereka dan kebanyakkan senior tidak mempunyai sikap "awak harus menghormati saya" kalau ada pun cuma golongan minoriti.

0 comments: