Monday, August 14, 2006

Tak kenal tapi kenal

Dari tajuk mesti pelik je kan bunyinya? But it's true, kejadian ni berlaku semalam.. biasa la kita tak kenal sesorang tu kalau tak cam nick yang dia guna. kena-kena lagi kalau dalam irc.
Semalam aku ter-chat dengan sorang kawan yang telah lama tidak berjumpa sejak tahun 98 agaknya. Kami sekelas semasa form4 but dia pindah selepas itu untuk sambung study kat labuan dan jarang berjumpa selepas itu. Apa yang buat saya tertarik dengan dia ialah walaupun dia sekejap ja dalam kelas tu, dia masih boleh ingat hampir semua orang yang pernah sekelas dengan dia walaupun cuma seminggu kami dapat bersama didalam kelas yang sama sebelum perpindahan beliau. Saya sendiri hampir tidak mengenalinya disebabkan sebelum memperkenalkan diri, dia cuma bagi klue tentang beberapa kejadian (denda yang dikenakan oleh cikgu :D) yang tak mungkin kami lupakan semasa bersama didalam satu kelas.

0 comments: