Hello kepada yang melawat blog ini, hehe nampaknya web ini jarang aktif disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Seperti Tagline saya, memang tempat ini hanya aktif sekiranya saya bosan dan tidak ada benda yang hendak dibuat.
Dalam beberapa bulan ini, bermacam-macam perkara berlaku pada diri saya. Sama ada gembira, bosan, menyedihkan, marah dan lain-lain.
Perkara yang amat mengembirakan apabila ramai kawan lama yang telah lost contact menghubungi saya kembali dan saling bertukar berita tentang meraka. Ada yang hampir 2 tahun tidak berhubung dan kini telah in-contact semula hehe dan mereka semua pun berjaya dalam kerjaya mereka (tinggal saya sorang lain masih mencari tapak hehehehe).
Dalam pada itu saya juga turut gembira sebab ada diantara kenalan baru yang telah beberapa kali cuba untuk menyambung pelajaran mereka, akhirnya berjaya diterima untuk menyambung pelajaran mereka. Saya juga turut gembira apabila salah sorang adik angkat saya telah berjaya melangsungkan pertunangan pada minggu lalu. (Congratss!!)
Pada masa gembira terselit juga sedikit perasaan sedih dan marah apabila kerja yang dibuat telah ditolak dengan begitu sahaja. Yelah, sapa tak geram kalau kerja yang amik masa seminggu akhirnya ditolak begitu saja setelah siap. Dah siap baru nak buat perubahan drastik dan membatalkan terus projek tersebut. Walaupun aku cuma 50% saja terlibat dalam projek tersebut tetapi banyak masa tenaga dan wang ringgit turut terbuang begitu saja. Tak apa lah. mungkin bukan rezeki kami buat masa kini :p.
Selain itu, saya juga susah untuk selalu online bukan saja disebabkan masih menggunakan dial-up tetapi kadang2 account saya diblock (tak tahu sebab apa). Bukan tak nak guna broadband, tetapi terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Maklumlah di kampung. Selain masalah line kadang-kadang juga selalu berlaku kejadian "black-out" disini. Memang membosankan kena-kena lagi jika perlu menggunakan komputer untuk membuat kerja.
Kesimpulannya saya akan kembali lagi sekiranya bosan hahahaaha. Kepada pelawat yang mengunjungi blog ini, anda boleh la melayari web di list sidebar kanan blog ini sebab saya selalu aktif di web-web tersebut.
Sunday, July 01, 2007
Uhh kembali sekali lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment